Friday, January 1, 2010

Harga minumum rokok

Mulai dari 1hb Januari 2010, seperti yang di war-warkan oleh kerajaan, HARGA MINIMUM rokok yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:-

Paket Rokok
a) 20 batang harga minimum ialah RM 6.40
b) 18 batang harga minimum ialah RM 5.80
c)14 batang harga minimum ialah RM 4.50.

Macamana tuan-tuan dengan pengumuman dari kerajaan yang baru ini? Saya menjangkakan akan ada susulan tindakan yang lebih drastik lagi dari ini. Apa dia agaknya. Jadi kita sama-samalah menunggu.

Gara-gara merokok dalam keretapi

Beijing 31 Dis 2009
- Gara-gara merokok dalam keretapi, rangkaian perkhidmatan keretapi laju China, yang baru diperkenalkan baru0baru ini dihentikan sementara.

Kejadian itu berlaku apabila seorang penumpang merokok di dalam tandas keretapi tersebut menyebabkan penggera kebakaran di dalam keretapi berbunyi.

Perjalanan keretapi itu terpaksa ditangguhkan selama dua setengah jam bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan.

Perjalanan tiga lagi keretapi terbabit turut ditangguhkan ekoran kejadian tersebut.

dipetik dari utusan malaysia,01012010

Cara betul memandu di lebuh raya

Pemanduan berhemat amat digalakkan dan amalkan sikap bertimbang rasa ketika memandu di lebuh raya.

JANGAN MEMANDU SECARA BAHAYA
~ memandu dengan cara yang berbahaya seperti mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara berbahaya boleh menyebabkan kemalangan.

PANDU DI LORONG SEBELAH KIRI SEKIRANYA TIDAK MEMOTONG KENDERAAN LAIN
~Pastikan kenderaan anda sentiasa berada di lorong utama walaupun anda memandu pada kelajuan maksimum yang dibenarkan
~Tindakan anda memandu di lorong memotong boleh menganggu kenderaan lain yang menggunakan lorong utama untuk memotong kenderaan anda
~Sekiranya anda didapati menghalang kenderaan lain di lorong memotong, anda boleh dikenakan denda.

PANDU MENGIKUT HAD LAJU YANG TELAH DITETAPKAN
~ Had laju yang ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 110km/j.
~Memandu dengan terlalu laju menyukarkan anda mengawal kenderaan.
~Memandu terlalu laju memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.

JANGAN BERHENTI DI LORONG KECEMASAN
~Lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika kecemasan atau kerosakan kenderaan.
~Pastikan lampu syarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan
~Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.
~Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis,Bomba dan Ambulans yang perlu sampai ke tempat kejadian.

JANGAN MEMANDU LEBIH DARIPADA DUA JAM TANPA BERHENTI
~Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk
~Kongsi pemanduan anda. Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk

JANGAN MEMANDU KETIKA MENGANTUK
~Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.

TANDA-TANDA RASA MENGANTUK
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, besar kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan. Pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda berikut:-
* pedih mata atau berat mata
* berangan-angan
* lambat bertindak
* keletihan seluruh badan
* penukaran gear lemah
* bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan
*telinga berdesing atau berdengung

BAGAIMANA HENDAK MENGELAKAN MENGANTUK SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN ANDA
~Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga
~Mulakan perjalanan jauh di waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya
~Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga
~Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan
~Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.

dipetik dari harian metro,01012010

Cuba,cuba dan cuba

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar.Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan.Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Untuk kekal sihat, gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

* Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
* Buat nota peringatan
* Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
* Tumpukan pada hari ini untuk berhenti merokok
* Sentiada berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Lawan keinginan untuk merokok
* Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

1) Melengahkan-lengah menghisap rokok
2) Minum banyak air
3) Menarik nafas panjang
4) Membuat sesuatu
5) Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
6) Mengunyah sesuatu
7) Membasuh tangan
8)Mandi dengan kerap
9) Melakukan senaman regangan
10)Memohon doa

Berwaspadalah terhadap rokok

Wabak tembakau? Akan adakah wabak atau epidemik tembakau? Ya, ada dan sedang ‘merebak’. Lihat di keliling anda, ada saja orang diserang kanser paru-paru, tercungap-cungap bernafas akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), bronkitis serta penyakit jantung yang disahkan ada kaitan rapat dengan merokok.Lebih 90 peratus kes kanser paru-paru pada lelaki dan 80 peratus pada perempuan disebabkan rokok. Di Amerika Syarikat, ia adalah kanser utama penyebab kematian, melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat kanser payudara, prostat dan usus; dan sedihnya perkara sama juga berlaku di negara kita.Kajian menunjukkan penyakit jantung yang dikaitkan dengan merokok meragut lebih 600,000 nyawa setiap tahun di negara maju.

Merokok menyebabkan jantung berdegup cepat yang boleh menaikkan tekanan darah. Ini meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi), strok dan serangan jantung.Setiap tahun dianggarkan 5.4 juta kematian akibat rokok dicatatkan — jauh lebih tinggi berbanding kematian tibi, malaria, kemalangan, penyalahgunaan dadah dan pembunuhan. Jumlah ini dijangka meningkat kepada lapan juta setahun menjelang 2030 jika tiada langkah pencegahan dilakukan.

Di Malaysia, pada 2006 saja, 12,534 daripada 31,186 kes yang dirujuk ke unit kecemasan dikenalpasti ada sindrom koronari akut yang disebabkan tabiat merokok. Fakta yang disebut di atas bukan baru. Semua orang dan perokok tahu mengenainya. Namun sebagai peringatan bersama (kerana lumrah manusia, kita cepat lupa)Walaupun kebanyakan perokok mungkin bersikap tidak peduli dengan segala amaran dan penyakit yang mungkin menimpa mereka, ramai yang diam-diam mencuba pelbagai cara untuk berhenti tetapi masih tidak berjaya.Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, teruskan berusaha kerana ini antara sumbangan yang boleh anda beri kepada keluarga. Kajian di United Kingdom mendapati merokok boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun. Maknanya perokok akan mati 10 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Berapa ramai rakyat Malaysia merokok? Jumlah perokok di kalangan orang dewasa di negara kita semakin meningkat iaitu daripada 21.5 peratus pada 1986 kepada 33 peratus pada 2006. Namun berita baiknya 70 peratus daripada perokok di negara kita ada keinginan dan pernah cuba berhenti.Untuk berhenti merokok bukan mudah kerana ia memerlukan kesedaran, kesungguhan dan sokongan tidak berbelah bagi. Ramai menganggap kejayaan lebih tinggi jika berhenti merokok secara mengejut tetapi banyak bukti menunjukkan ramai kembali merokok selepas satu tempoh tertentu, kata Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Kaedah lain yang boleh dicuba ialah terapi penggantian nikotin sama ada tampalan, gula getah nikotin, ‘rokok nikotin’, semburan hidung atau pil oral bagi menangani ketagihan terhadap nikotin. Bila perlu menggunakan pengganti nikotin? Menurut Dr Aizai, terapi ini boleh diambil apabila seseorang bertekad berhenti merokok dan ia boleh diperoleh daripada doktor atau dibeli di farmasi.Bagi yang ingin mencuba sendiri, Dr Aizai menyarankan anda menggunakan terapi penggantian nikotin selama 10 minggu. Lihat sama ada anda benar-benar berjaya membebaskan diri daripada belenggu rokok. Jika tidak berjaya dan masih tidak mampu melawan desakan kuat untuk merokok, tidak mengapa kerana ramai perokok di seluruh dunia menghadapi masalah sama.“Jika gagal kali pertama, cuba selama 10 minggu lagi. Bagaimanapun, peratus kejayaan lebih tinggi jika usaha anda mendapat sokongan moral dan psikologikal daripada doktor atau pakar bertauliah yang mampu membantu anda berhenti,” katanya sempena Hari Tanpa

Tembakau Sedunia yang akan disambut hari ini, 31 Mei 2009.Pengarah Serantau Pfizer, Unit Perubatan Kardiovaskular dan Penjagaan Metabolik Primer, Dr Alaster Allum, berkata ketagihan nikotin perlu dianggap masalah perubatan kronik yang perlu diberi rawatan khusus, termasuk pemantauan dan penilaian berpanjangan hinggalah kesan nikotin ke atas badan hilang sepenuhnya.Katanya, kajian mendapati 47 peratus daripada 714 perokok berumur 35 hingga 75 tahun yang ada sejarah penyakit kardiovaskular dan mengambil terapi penggantian nikotin oral seperti verenicline berjaya berhenti merokok selepas empat minggu rawatan.

Jika anda ada sejarah penyakit jantung atau mempunyai ahli keluarga yang diserang penyakit jantung, risiko anda mendapat serangan jantung sangat tinggi jika merokok.Asap rokok meningkatkan keupayaan darah untuk bergumpal (boleh menyebabkan serangan jantung jika gumpalan darah ini tersekat pada saluran darah ke jantung atau strok jika ia menghalang laluan darah ke otak), meninggikan tekanan darah dan kadar degupan jantung.Bahan kimia dalam asap rokok ini boleh bertindak balas dengan lain-lain faktor risiko, terutama tekanan darah tinggi dan dislipidemia yang akan meningkatkan peluang kehilangan keupayaan atau kematian.

Kajian terbaru menunjukkan asap rokok mengurangkan keberkesanan ubat sakit jantung yang anda ambil.Kesan rokok bukan hanya pada perokok, malah boleh memudaratkan orang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok secara tidak sengaja (perokok sekunder). Perokok sekunder juiga berisiko 25 hingga 30 peratus mendapat penyakit koronari arteri dan kanser paru-paru. Malah perokok tertier (iaitu individu tidak merokok, tidak menghidu asap rokok tetapi tercium bau asap rokok) juga berisiko mendapat kanser dan penyakit jantung.Justeru, ini masanya anda memikirkan semula tabiat buruk itu yang bukan hanya menghabiskan wang, tetapi turut ‘membakar’ kesihatan isteri dan anak secara perlahan-lahan.

Antara manfaat yang anda peroleh dengan berhenti merokok ialah:

# Dalam sejam — Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun

# Lapan hingga 12 jam — Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus

# 24 jam — Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun

# 48 jam — Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan

# Dua minggu — Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus

# Empat minggu — Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya

# Setahun — Risiko sakit jantung turun 50 peratus# Lima tahun — Risiko strok sama dengan orang tidak merokok

# 10 tahun — Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok

# 15 tahun — Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok

Kesan negatif rokok
> Jika wanita merokok ketika hamil, bayi dilahirkan tidak cukup berat
> Komplikasi kehamilan
> Kesuburan terjejas (wanita dan lelaki)
> Bayi berisiko alami sindrom mati mengejut (SIDS)
> Mati pucuk (lelaki)
> Keretakan tulang pinggul
> Ketumpatan tulang rendah
> Melambatkan penyembuhan luka (pembedahan, gigi)
> Menjejaskan keberkesanan ubat
> Merangsang katarak
> Kulit cepat berkedut
> Ulser peptikManakala risiko kesihatan yang dihadapi perokok ialah:
> 20 kali risiko kanser paru-paru
> Dua kali risiko serangan jantung
> Empat kali risiko kematian akibat penyakit jantung
> Tiga kali risiko strok (angin ahmar)

Kesan merokok

Pesanan kepada perokok tegar

Jika sayangkan keluarga, berusahalah untuk berhenti. Jika ia terlalu sukar, langkah terbaik anda boleh lakukan ialah merokok di luar rumah supaya isteri dan anak, khususnya yang masih kecil, terhindar daripada bahaya asap rokok.Apabila merokok, anda bukan hanya menjejaskan kesihatan diri tetapi secara tidak langsung dan tanpa disedari, asap rokok yang anda nikmati memudaratkan kesihatan orang di sekeliling, terutama ahli keluarga.Bahaya atau kesan langsung asap rokok terlalu kerap dibincangkan dan semua orang tahu. Yang mungkin masih kurang jelas ialah kesan terhadap perokok pasif atau sekunder, iaitu orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidu asap rokok.
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mendapati bukti kaitan rokok dengan kanser pada perokok aktif dan pasif. Perokok sekunder juga berisiko mendapat kanser paru-paru pada kadar 20 peratus di kalangan wanita dan 30 peratus bagi lelaki yang tinggal serumah dengan perokok.Perokok sekunder yang terdedah kepada asap rokok di tempat kerja juga mempunyai risiko ini pada kadar 16 hingga 19 peratus dan risikonya bertambah dengan peningkatan pendedahan kepada asap rokok.Agensi Perlindungan Alam Sekitar California menganggarkan asap rokok menyebabkan 3,000 kematian setahun akibat kanser paru-paru di kalangan bukan perokok.Selain itu, orang yang terpaksa menghidu asap rokok mempunyai risiko 25 hingga 35 peratus mengalami kesengsaraan akibat penyakit arteri koronari (jantung) akut. Malah, masalah pernafasan kronik banyak dilaporkan di kalangan perokok pasif.Kesihatan kanak-kanak yang ada ibu bapa merokok di rumah juga terancam kerana terdedah kepada risiko jangkitan saluran pernafasan bawah dan otitis media (jangkitan telinga tengah), lebih kerap mendapat serangan asma serta sindrom mati mengejut di kalangan bayi.Rokok adalah punca utama lebih 90 peratus kes kanser paru-paru, 75 peratus kes bronkitis kronik dan emfisema (paru-paru rosak) serta 25 peratus penyakit jantung.Sebenarnya, merokok juga mendekatkan kita dengan pelbagai risiko kesihatan lain dari hujung rambut sampai hujung kaki seperti.
Kesan buruk asap rokok kepada bukan perokok:
a) Rambut — berbau.
b)Otak dan kesan mental — strok
c) Mata — berair dan pedih.
d)Hidung — berasa tidak selesa dan rengsa.
e)Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; memburukkan masalah pernafasan sedia ada seperti asma, penyakit saluran pernafasan kronik (COPD) dan emfisema.
f)Jantung — melemahkan salur darah ke jantung, sakit dada dan serangan jantung.
g)Rahim — bayi dilahirkan kecil (kurang berat), bayi meninggal selepas dilahirkan.
Secara global, jumlah perokok di seluruh dunia makin meningkat kerana pengaruh iklan dan kawan, walaupun pelbagai usaha kesedaran dilakukan.Di negara kita contohnya, ada yang menyifatkan kempen kesedaran dan program anti merokok sebagai pembaziran, tetapi jika diperhalusi ia sebenarnya memberi kesan positif, terutama pada golongan muda.Bagaimanapun, untuk melihat penurunan jumlah perokok mengambil masa lama kerana usaha berhenti merokok bukan mudah. Boleh dikatakan ramai perokok ingin berhenti, malah ada yang mencuba berkali-kali, tetapi masih gagal.
Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, keinginan berhenti merokok perlu disertakan dengan semangat kuat, kesungguhan dan sokongan keluarga serta rakan untuk berjaya.Kajian menunjukkan perokok berumur dan ada latar belakang pendidikan baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk berhenti merokok.Usaha berhenti ini lebih mudah di kalangan perokok sosial yang merokok sekali sekala berbanding perokok tegar. Malah, lebih memeranjatkan ialah perokok wanita lebih sukar berhenti merokok berbanding lelaki.Setiap tahun lebih 46 peratus perokok Amerika Syarikat cuba berhenti tetapi hanya lima peratus berjaya menahan diri daripada merokok setahun selepas mencuba.Peratusan kejayaan sama ditunjukkan di negara yang menjalankan program kawalan tembakau seperti Kanada, Australia dan United Kingdom.“Ada perokok berjaya berhenti dengan sekali cubaan, tetapi ramai perlu mencuba berkali-kali. Bagaimanapun, jika ada kesedaran dan keinginan berhenti, segera dapatkan bantuan kerana cubaan sendiri biasanya menemui kegagalan.“Kini ada 294 klinik berhenti merokok di seluruh negara yang sentiasa bersedia membantu anda. Atau dapatkan nasihat doktor di klinik berhampiran supaya anda boleh dirujuk ke klinik berhenti merokok.“Kebanyakan perokok memerlukan terapi penggantian nikotin untuk berhenti merokok. Selain itu mereka akan dibantu daripada segi kaunseling dan dipantau tiga hingga enam bulan.“Sehingga kini seramai 3,000 perokok berjaya berhenti merokok sejak klinik itu ditubuhkan pada 2000. Secara purata, peratus kejayaan berhenti merokok sekitar 15.6 peratus,” katanya.

Benarkah perokok wanita meningkat?

Jumlah penghidap barah paru-paru yang 90 peratus berkait rapat dengan tabiat merokok atau menghidu asap rokok didapati semakin meningkat terutama di kalangan wanita, kesan daripada peningkatan jumlah perokok membabitkan golongan itu di negara ini.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata kadar peningkatan itu mampu dibendung dan dikurangkan sekiranya perokok meninggalkan tabiat mereka.“Hanya satu cara yang boleh kita lakukan iaitu meminta mereka berhenti merokok. Ia boleh dikurangkan kerana menghisap rokok sesuatu yang boleh kita elakkan sebenarnya.“Sekiranya mereka menghisap rokok, kesannya bukan sekarang, tetapi dalam tempoh 20 atau 25 tahun akan datang. Waktu itu baru kita dapat lihat kesan dan akibatnya kepada perokok terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Awam Kanser 2009 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini.Turut hadir, Pakar Perunding Onkologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen, Dr Zabedah Othman; Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin dan Pakar Bedah Mulut dan Ketua Jabatan dan Pakar Perundingan, Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa.Dr Zaininah berkata, barah adalah satu masalah kesihatan global merangkumi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, kepercayaan agama atau status seseorang.

Katanya, mengikut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2003 seramai 21,464 orang disahkan menghidap barah di negara ini dan ia antara punca kematian yang keempat tertinggi di Malaysia.Beliau berkata, Kementerian Kesihatan begitu komited mengadakan kempen berhenti merokok kerana selain barah paru-paru, merokok juga akan menambahkan risiko untuk mendapat barah lain seperti barah mulut, tekak dan pankreas.Katanya, barah juga antara 10 penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan. Anggaran insiden barah ialah antara 30,000 hingga 40,000 setahun dengan satu antara empat individu di negara ini akan mendapat barah sepanjang hayat mereka.“Angka ini akan meningkat menjadi satu dalam tiga individu sekiranya dibiarkan berterusan dan barah paru-paru antara barah yang sering dikaitkan dengan lelaki selain usus, nasopharynx, rektum dan kelenjar prostat.“Barah payu dara, pangkal rahim, usus dan rektum pula membabitkan wanita, tetapi dengan pemerhatian terbaru ini barah paru-paru juga menjadi masalah utama wanita di negara ini sejak kebelakangan ini,” katanya.Beliau berkata, kebanyakan pesakit hanya menjalani pemeriksaan di hospital selepas barah mereka berada pada peringkat ketiga dan keempat yang mana pada peringkat itu sukar untuk membuat rawatan.Katanya, kempen kesedaran yang dilakukan HKL diharap akan memberi kesedaran kepada orang awam berhubung penyakit itu dan datang melakukan ujian bagi mengesan lebih awal penyakit berkenaan.Katanya, mungkin ramai individu yang beranggapan mereka cukup sihat tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan malah tidak kurang juga beranggapan tidak akan berdepan masalah kesihatan.“Namun hakikatnya setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya memandangkan kebanyakan penyakit kronik menyerang anggota badan dalam diam.“Justeru, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu sedar ada beberapa jenis barah di negara ini boleh dikenal pasti dan dikesan pada peringkat awal,” katanya.Sehubungan itu, kata Dr Zaininah, keutamaan perlu diberikan kepada pendedahan simptom atau tanda barah menerusi pendidikan kesihatan, promosi kesihatan, pengesanan awal, cara pemeriksaan, saringan dan rawatan penyakit barah.“Kita mengesan ada peningkatan setiap tahun. Kemungkinan bukan disebabkan barah yang meningkat, tetapi disebabkan faktor lain seperti kesedaran orang ramai untuk tampil melakukan pemeriksaan awal.“Mungkin juga disebabkan kita kini mempunyai kemudahan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk mengenal pasti barah ketika masih berada pada peringkat awal,” katanya.

Selain perokok, wanita juga menjadi mangsa apabila orang terdekat dengannya seperti suami turut menghisap rokok menyebabkan mereka menjadi perokok pasif, apabila turut menghidu asap rokok suami.Sementara itu, Dr Wan Mahadzir berkata, kebanyakan pesakit yang mengalami barah mulut hanya datang melakukan pemeriksaan ketika mereka berada pada peringkat ketiga dan keempat.“Barah mulut ini berlaku di tempat yang penting dan apabila tidak dibuat rawatan awal akan menyebabkan berlaku kecacatan di bahagian yang menjadi tumpuan orang.“Antara penyebab berlaku barah mulut adalah kerana tabiat merokok, makan sirih dan minuman keras,” katanya.